Friday, April 18, 2008

Anggota Kerajaan Wajib Bersara Pada Umur 70 Tahun

Riuh seluruh Negara baru-baru ini dengan ugutan mogok , pulau sambutan hari pekerja dan macam –macam lagi bagai nak kiamat dunia ni dengan gegak gempitanya. CUEPACS melalui Presiden yang selalu tergagap-gagap semasa bercakap depan kamera seperti mana yang sering saya lihat dalam TV tu akhirnya kendur setelah semua tuntutan kecuali RM2,000.00 diperkenankan oleh PM Sengal yang Masih Ada Di sini.

Bukan saya nak memperkecilkan usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh SEGELINTIR anggota perkhidmatan awam di negara kita selama ini. Cuma saya sebagai sebahagian dari anggota masyarakat yang membayar cukai adakalanya tidak berpuashati dengan sikap dan tindak tanduk KEBANYAKAN atau SEBAGAHAGIAN BESAR anggota perkhidmatan awam atau senang cakap kakitangan kerajaan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka yang mana saya rasa tidak setimpal dengan bayaran yang telah diberikan sebagai gaji mereka.

Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa gaji dan umur persaraan yang diberikan selama ini amatlah berpatutan malah melebihi dari apa yang disumbangkan oleh KEBANYAKAN dari mereka.

Saya hanya nak menyentuh secara ringkas sahaja dan tidak berhasrat untuk melalut-lalut . Apa yang penting kita tanya diri kita sendiri dan lepas tu buat pertimbangan dan fikir samada kita termasuk dalam golongan yang dipertikaikan atau pun tidak.

Andainya termasuk dalam kumpulan yang dipersoalkan seharusnya bertaubat dan beruntunglah kiranya kita bukan dari golongan yang menjadi beban atau biawak hidup kepada orang lain kerana setiap pendapatan yang kita terima akan dihitung di kemudian hari kelak.


Saya hanya nak bawa contoh yang ada di persekitaran saya yang mana sample ini mungkin sama ajer dengan tempat lain kerana para pelaku nya boleh digunakan sebagai mewakili kakitangan kerajaan di tempat lain.

Waktu Minum Pagi

Kebanyakan dari mereka memang tak minum pagi di rumah samada kerana tak sempat sebab lambat bangun atau masih belum ada selera maklumlah lepas suboh. Jadi waktu minum yang sesuai ialah antara jam 0900 dan 1030 pagi. Oleh itu tak hairanlah kalau kita lihat gerai-gerai yang terdapat di sekitar kita dah mula dikunjungi sejak jam 0830 iaitu sebaik ketuk punch card.

Kalau tak percaya bagi di Seremban bolehlah buat lawatan ke Warung Awe di jalan keretapi hala ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang terkenal dengan nasi lemak atau mee kari ayam. ( Promote pulak lagi ). Selain dari itu boleh juga lawati warung Apai depan Taman Tasik , warung Mee Bandung Balai Bomba dan jangan lupa datanglah ke medan selera Allson Klana.

Aktiviti ini akan berlanjutan sehingga hampir waktu makan tengahari. Kalau dulu tu sewaktu Radio Seremban masih beroperasi di Jalan Raja Ali , orang kerajaan dari Bangunan Bank Bumi pun boleh sampai sebab nak makan Mee Bandung Muar hasil tangan Aruah S / Inspector Safuan . Perjalanan pergi balik hampir satu jam , waktu menunggu makanan siap pulak kurang-kurang pun 20 minit lepas tu nak makan benda masih panas paling hebat pun 15 minit dan kena pulak rokok sebatang sendiri mau ingat lah.

Dah lah gitu waktu makan tengahari jam 1245 hingga 1400 tak pernah miss malah perkara biasa kalau terambik advance sejak 1230 hingga 1430. Ini bukan nak ngata saje saje tapi buat lah lawatan singkat kalau tak percaya. Boleh cuba di Tampin , Kuala Pilah , Rembau dan juga Jelebu. Bukan pulak ini bermakna tempat lain di Malaysia ni tak berlaku perkara sedemikian. Jadi kalau ada yang rajin nak masukkan nama tempat tu nescaya boleh dapat setebal buku panduan telefon ni.

Kalau nak banding dengan pekerja swasta yang lain itu pun ikut untung nasib ada yang sediakan waktu minum 20 minit , pandai-pandailah samada nak minum atau tidak dalam tempoh tersebut. Ini yang kadang –kadang buat rasa jaki sikit tu.


Umur 52 Dah Mula Kerja Ringan

Ini lagi satu hal . Kerap kali kita boleh jumpa sebaik sahaja melepasi umur 50 tahun , orang kerajaan ni dah mula mengira tempoh untuk bersara maklumlah poket tengah sendat sebab duit KWSP baru keluar. Antara dialog yang popular ialah :-

‘ Abang dah nak pencen tak lama lagi. Ini kerja ni elok orang muda yang buat. Kalau nanti abang pencen kau tak pandai kan ker susah. Lagi pun kalau abang ajer yang buat bila pulak kau orang muda nak pandai’.
‘ Dah berpuluh tahun abang buat benda ni . Kau bagi lah can abang rehat sikit’.

Kalau macam ni feel nya sampai umur 70 pun masih boleh kerja lagi. Saya percaya dan mungkin tuan/puan setuju seandainya semua orang kerajaan bekerja betul-betul 8 jam sehari macam orang swasta yang tak naik gaji tu nak habiskan umur 55 tahun punya lah seksa. Mana tidaknya kalau dah kena kerja kilang dan dapat part kerja berdiri maka berdiri lah selama 8 jam. Kalau untung dapat part yang duduk tu boleh tahan sikit lah. Begitu jugak kalau kena susun barang yang keluar dari laluan yang tidak ada hentinya. Buat lah selama 8 jam.

Jadi sama sama kita kenang dan renung betapa bertuahnya nasib sebab dapat kerja dalam sektor awam ni. Jangan lah nak mintak lebih-lebih sangat. Kami yang tak dapat ni pun bayar cukai jugak tak macam tuan-puan yang boleh cilok sana cilok sini sikit sikit.
Lagi pun tolonglah kenangkan anak-anak kita yang dah masuk 25 tahun dan pegang macam-macam degree tu tapi masih melahu lagi kehulu kehilir mencari kerja. Betul jugak cakap diorang tu kalau dah pecah kepala dek belajar TAK KAN NAK MOTONG GOTAH PULAK DOH….

Thursday, April 17, 2008

UDIN KOMANDO DALAM KENANGAN

Allahyarham Hj Zainuddin Rashid atau lebih dikenali dengan nama UDIN KOMANDO 77 tahun baru sahaja meninggalkan kita pada jam 1330 hari Rabu 16 April 2008 yang lalu. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya dan selamat dikebumikan pada jam 1830 hari yang sama di tanah perkuburan islam Putrajaya . Allahyarham meninggalkan seorang balu Pn Napsiah 70 tahun , empat orang anak lelaki , seorang anak perempuan , beberapa orang cucu dan seorang cicit .

Sejak bersara dari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1975 , Allahyarham menetap di Kampung Sawah Raja Rembau dan bergiat cergas di dalam PAS. Disiplin ketenteraan dan semangat juang yang dimiliki amat mempengaruhi perjalanan hidup allahyarham samada sebagai anggota masyarakat biasa mahupun penggerak parti. Allahyarham amat dikenali dan dihormati oleh samada rakan dalam parti PAS NS mahupun pemimpin parti lawan. Pandangan dan bacaan politiknya yang tajam selalu diambil kira di dalam sesuatu keputusan yang membabitkan perjuangan .

Walaupun PAS masih belum dapat menguasai masyarakat NS secara total , tetapi sumbangan allahyarham samada dari segi tenaga , buah fikiran mahu pun wang ringgit yang telah dicurahkan tidak dapat dinafikan telah turut menghasilkan sokongan yang diterima buat masa ini. Sebagai bukti , sudah lama calun PAS bagi DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau tidak hilang wang pertaruhan malah adakalanya memberikan saingan yang sengit terhadap calun BN.

Menurut salah seorang kenalan keluarga allahyarham iaitu Saudara Mohd Gawus Saat 48 tahun , allahyarham sebenarnya baharu sahaja beberapa bulan berpindah ke rumah yang disediakan oleh anak kedua allahyarham di putrajaya . Perpindahan ini terpaksa dilakukan bagi memudahkan anak-anak menjaga allahyarham dan isteri yang kebetulan sudah mula uzur sejak beberap tahun yang lalu. Puan Napsiah hanya mampu berkerusi roda buat masa ini disebabkan sakit lutut yang dihidapi sejak sekian lama.

Dua minggu yang lalu allahyarham terlalu ingin untuk bermalam di rumah sendiri di Sawah Raja dan meminta anak kedua allahyarham iaitu En Mohd Puzi untuk menghantarnya pulang. Setelah 3 malam berada di kampung , allahyarham yang memang menghidapi penyakit kencing manis , darah tinggi dan sakit jantung telah diserang mild stroke dan mendapatkan rawatan di hospital Tampin sebelum dihantar ke Hospital Seremban . Keadaan tidaklah membimbangkan kerana allahyarham boleh berjalan dan makan minum seperti biasa. Allahyarham dipindahkan ke Hospital Putrajaya atas permintaan anak-anak dan menjelang hari-hari terakhir keadaan kesihatannya terganggu semula dan seterusnya pada hari Rabu allahyarham telah meninggalkan kita buat selamanya.

Kepada rakan taulan atau sahabat handai mahu pun kenalan yang ingin mengucapkan takziah boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi 013 2165711. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan oleh allahyarham selama ini diberi ganjaran oleh Allah SWT dan allahyarham ditempatkan di kalangan para aulia dan orang yang dikasihi Nya. Amin…..

Wednesday, April 9, 2008

Harga Ikan Boleh Turun Jika Ufti Dikurangkan

Pada awal tahun tujuh puluhan sewaktu masih di sekolah rendah kami belajar subjek tawarikh dan salah satu perkara yang masih lekat di dalam kepala ini ialah bab yang menyentuh tentang penghantaran UFTI oleh Raja Melayu ke Siam.

Dalam buku tawarikh itu terdapat gambar bagaimana seorang pembesar melayu yang lengkap bertanjak dengan diiringi oleh soldadu menatang dulang yang berisi ufti untuk dipersembahkan kepada Raja Siam. Ufti itu adalah berupa pokok atau bunga yang diperbuat dari emas tulin dan ianya hanya bertujuan semata-mata sebagai jaminan untuk tidak diserang oleh raja Siam dan mesti dihantar setahun sekali. Kalau dalam bahasa hari ini ianya akan dinamakan sebagai WANG PERLINDUNGAN.

Bagi mendapatkan modal untuk membuat ufti ini maka cukai harus dikenakan keatas rakyat jelata. Memandangkan raja telah menghantar ufti maka para pembesar dan para balaci mereka pun turut mengutip ufti mereka pula mengikut senioriti masing-masing. Hujung-hujung nya yang terpaksa berhempas pulas mencari dana untuk penyediaan ufti ini ialah rakyat jelata.

Saya percaya proses dan budaya ufti ini masih berterusan sehingga kini walaupun Raja kita tidak lagi menghantar ufti ke Siam. Maka dengan itu kita dapat lihat harga barang naik mencanak tiada hentinya. Saya percaya selain dari harga minyak yang dibising-bisingkan sebagai punca kenaikan harga barang ni , ufti dalam bentuk moden juga turut memainkan peranan penting yang menyumbang kepada fenomena ini. Ufti pun pada masa ini dah dikenali dengan bermacam nama dan yang paling mudah diingat ialah RASUAH.

30 hari pertama bulan madu telah pun berlalu. Kini kami rakyat jelata mahu melihat ADUN PR mengambil tindakan dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi selama ini. Sebagai permulaan kami harap Sdra Loke MP Rasah merangkap ADUN Temiang NS mengumpulkan rakan-rakan PR yang lain dan mengambil satu ketetapan bersama mencari jalan bagaimana nak menurunkan harga barangan di pasar. Kami belum mahu tahu lagi tentang kerajaan yang TELUS , boleh menerima teguran atau apa saja yang molek-molek yang tuan-tuan dah janjikan kepada kami terdahulu.

Apa yang kami perlu sekarang ialah harga ikan kembung turun semula kepada RM6.00 /kg , ikan selar kuning dapat dibeli dengan RM3.50 , ikan cencaru RM4.00 , sotong RM6.00 atau RM7.00. Cili api boleh dibeli semula dengan harga RM.050 dan lain-lain lagi yang sesuai. Ini adalah perkara-perkara yang kami perlukan sekarang ini. Bila semua tu dah turun maka harap-harap harga makanan di warung-warung dan kantin pun akan turun juga.

Tentang kerajaan yang telus , tulus serta mulus , itu boleh cerita kemudian. Buat permulaan boleh lah di Pasar Besar Seremban , Pasar Tmn Bkt Kepayang , Pasar Ampangan lepas tu boleh pergi Pasar Port Dickson , Lukut & Sepang. Untuk Pasar Tampin , Gemas , Jelebu dan Kuala Pilah biar dulu lah.

Saya rasa tidak lah menjadi masalah yang besar kepada saudara Loke dan rakan-rakan bersua dan berbincang dengan para pemimpin Dewan Perniagaan Cina Seremban. Semua kawan maaa…Paling tidak pun sdra Loke boleh minta BERI SIKIT MUKA lah untuk tunjuk pad rakyat yang PR betul-betul boleh tolong rakyat. Jika kena gaya dan cara nya mungkin 4 atau 5 kontena ikan atau sayur direct dari pantai atau pusat pengumpulan boleh berlabuh di pasar-pasar yang saya sebut tadi dan sudah pasti harganya akan lebih murah dan memberi manfaat kepada rakyat. Kalau ini dilakukan InsyaAllah harga barang di pasar seluruh NS akan dapat diturunkan dan lepas tu barulah boleh eksyen dengan pasar negeri lain.

Seandainya para peniaga di pasar tu kena bayar ufti kepada pihak yang satu lagi seperti mana yang ditunjukkan dalam Filem Hong Kong berjudul Lee Rock lakunan Andy Lau ( yang ditayangkan oleh TV3 sedikit waktu dulu ) adalah lebih elok jika sdra Loke pergi berjumpa dengan kepalanya dan bincang baik-baik dan ingatkan mereka gaji dah naik takkan nak kutip ufti jugak lagi.

Andai kata masih tak ada perubahan , ini lah pulak masanya sdra Loke menghentak dalam DUN sewaktu perbahasan nanti. Bawak perkara ni ke dalam Dewan baru diorang tau langit tu tinggi atau rendah..

Kalau sebelum ni semua kaki hangguk yang ada dalam DUN NS , tapi saya yakin dan percaya untuk penggal ni DUN NS akan bergegar dengan suara sdra Loke dan rakan-rakan lain. Tapi kalau sama ajer macam yang sudah-sudah alamat nya ngabihkan bogheh ajolahhh…..

Monday, April 7, 2008

CikGu Bard MASIH BERPELUANG MENJADI MP

Genaplah sudah sebulan gelombang PRU 12 melanda negara kita. Saya rasa bagi yang dah menang tu mungkin acara sambutan meraikan kemenaagan dah pun selesai. Sekarang adalah masa untuk melunaskan segala janji yang telah dibuat sebelum ini. Kalau tak mampu nak buat sepenuhnya pun setidak-tidaknya sebahagian dari tindakan telah pun diambil. Jangan biarkan para penyokong mengharap seperti mana menanti buah yang tak gugur. Cukup-cukup lah tu berseronok melayan mimpi indah yang tak pernah dijangka sebelum ini.

Kali ni saya nak cerita sedikit pengalaman semasa hari mengundi pada Sabtu 838 yang lalu. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan dapat menjadi nasi tambah ke atas segala strategi yang akan diatur. Saya nak bawa semua khalayak ke sebuah kampung terpencil di dalam daerah Rembau tempat menantu PM Sengal tu mencuba nasib. Nama kampung ialah Sawah Raja dalam DUN Kota dan Parlimen Rembau. Nak kata dalam sangat kampung ni tak jugak sebab line streamyx dah berselirat meredah celah-celah kampung. Jadi boleh kira maju jugak lah hasil peninggalan Tan Sri Isa Samad selama lebih kurang 25 tahun dulu.Tinggal dulu bab KEMAJUAN ni , lain kali boleh sambung semula.

Saya sampai lebihkurang jam 1030 pagi dan sebaik turun dari kereta saya dan isteri terus menuju ke bilik mengundi. Malas pulak rasanya nak singgah di pondok panas yang kebetulan terletak agak jauh dari pintu pagar masuk Sek Keb Sawah Raja yang dijadikan sebagai tempat mengundi. Lagi pun kami dah semak nama dalam laman daftar pengundi dan dah tau saluran mana nak diikut malah nombor bilangan dalam senarai daftar pemilih pun dah dapat. Jadi tak perlu lagi singgah di pondok panas. Lagi pun kalau singgah nanti mungkin terliur jugak dengan pujukan Kopral (B) Md Isa Osman atau lebih dikenali dengan nama manjanya DOBOL. Dobol ni nampaknya memang setia betul dengan dacingnya sebab maklumlah dah nampak sedikit peluang di depan mata. Kalau sepanjang tempuh berkempen adalah dia dapat sikit-sikit remah peruntukan PRU , mana tau lepas PRU nanti akan dapat pulak yang lebih besar lagi. Jadi sepanjang hari tu nampaknya hanya DOBOL lah yang amat setia menolak warga emas dengan kerusi roda untuk ke tempat mengundi. Apa pulak susahnya kerja 5 tahun sekali.

Setelah selesai mengundi barulah saya singgah di pondok PAS untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama masa remaja dulu. Di situ dah ada menunggu Cikgu Niza anak Udin Komando, Cikgu Mulup anak Usoh Broome, Pak Lang Md Noh Maya Bendahari PAS Ranting Sawah Raja yang masih gagah walau pun dan berumur 66 tahun. Turut kelihatan ialah Jiman anak Cikgu Cawi atau nama sebenarnya Fakhrul Azman Abu Hassan yang selalu saya tengok gambarnya dalam suratkhabar kerana terlibat sebagai lawyer dengan kes perceraian artis tanahair ( antara kes nya ialah kes Sheila Majid ngan Roslan Aziz ).

Sambil menghulur tangan Pak Lang Md Noh bertanya samada saya “ dah ambik duit tambang atau belum “. Saya kata belum lagi dan bertanya semula “ ada duit tambang ker ngundi kali ni “. Dia kata , kalau pondok KITE tak adelah tapi kalau nak jugak pergi lah ke pondok sebelah. Saya tanya balik kalau dah ngundi pun boleh claim lagi ker. Masih boleh sebab nama dalam senarai di pondok sebelah belum potong lagi. Mula-mula nak jugak pergi ambik macam pesan Tok Guru Nik Aziz, tapi pikir-pikir balik banyak buruk dari baiknya jadi saya terus ajelah duduk dan berbual-bual hal semasa yang berkaitan dengan kempen dan persiapan PRU kali ni.

Menurut kata Pak Lang Md Noh Maya warga emas atau pengundi yang tinggal jauh sebagai contoh dari KL akan menerima cenderahati wang tunai sebanyak RM 100/= seorang. Yang menjadi tukang hulur dan pemegang akadnya ialah Dato’ RamKal yang jadi ketua cawangan walau pun beliau tinggal di Kuala Lumpur dan hanya pulang ke kampung dua atau tiga kali setahun.

Bagi Dato’ RamKal RM 100/= seorang hanya ibarat duit aiskerim ketika memujuk anak kecil nya yang menangis jika diganggu abang yang lebih besar. Jadi apa sangat lah duit yang sebegitu. Rumah banglo nya sendiri yang lebih mahal dari sekolah Sawah Raja pun hanya sebagai istana hinggap apabila beliau balik ke kampung sekali sekala. Pendek kata memang Dato’ RamKal ni jenis orang berduit lah.

Apa yang saya nak tekan di sini ialah , adalah lebih elok CikGu Bard mengumpul maklumat lain yang sahih dan boleh diketengahkan . Mana tahu nanti boleh gak cuba goncang menantu PM Sengal tu untuk turun . Kalau nasib baik nanti Si Ja’A calun ADUN Kota pun boleh tumpang semangkuk untuk goncang Dato Dr Awal yang masih belum kebah dari demam merajuk tak dapat jadi Exco NS.

Cuba lah bincang ngan Pak Lang Md Noh Maya sebab ikut ceritanya emak mentua beliau termasuk dalam senarai warga emas yang dapat cenderahati ngundi tu. Selain dari itu Mak Cik Nyomah Adom Kani pun dapat katanya. Kalau terbukti benar cerita ceriti ni jangan takut bawak saja ke muka pengadilan dan lepas tu kita tengok samada budak hitam menantu PM Sengal tu terkincit dalam seluar atau tidak.

Friday, April 4, 2008

KERAJAAN PR KENA UJUD STORE RAKYAT

Boleh dikatakan di kalangan kita banyak dan ramai yang faham bila disebut FAMILY STORE. Tapi kenalkah kita siapakah di belakang FAMILY STORE ?.Ini aku tak mahu kacau. Di mana sahaja di pelosok tanah air tercinta ni ada tersergam Family Store. Kalau 10 atau 15 tahun dahulu ianya hanya jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja tapi kini selepas era millenium ni kadar pertumbuhannya amat memberangsangkan.

Aku bukan dengki dengan pengusaha Family Store ni tapi aku amat berterima kasih kerana hampir keseluruhan pekerja yang mengangkat dan membungkus barang adalah sama iras – iras dan kaler macam aku. Semua mereka dapat nikmat makan gaji dengan Family Store. Boleh dikatakan yang keluar masuk menghantar duit pun sama kaler ngan aku. Jadi kalau dikira-kira dan dicongak-congak makan juta jugaklah duit bertukar tangan .

Ini menunjukkan ras aku yang ada di Malaysia atau dulu dikenali dengan Tanah Melayu ni sebenarnya ada banyak duit. Yang meramaikan dan memenuhkan semua gedung perniagaan yang ada di Negara tercinta ni semuanya boleh dikatakan sama macam aku. Sayangnya tidak ramai yang terpikir untuk membuka gedung lain yang sama macam Family Store ni.

Kita boleh guna nama LEMAN STORE ke atau BIDIN STORE . Kalau tak nak ada bau macam MAIDEEN STORE boleh tukar dengan nama KADOL STORE. Nak lebih gempak lagi boleh bubuh DUAJI STORE.

Sekarang dah ada 5 negeri yang diperentah oleh bukan BN STORE . Jadi apalah salahnya di setiap negeri tu tolong tubuhkan satu STORE setiap satu bagi membolehkan orang macam aku ni berbelanja sakan.

Lepas tu kumpulkan peniaga-peniaga yang tak dapat peluang berniaga di store-store yang mewah sebelum ni dan jual barang ngan harga murah sikit. Nak lebih murah lagi kerajaan di 5 negeri ni boleh import terus barang bermutu dari luar negeri atau dapatkan bekalan dalam negeri yang murah dan jual murah-murah di STORE RAKYAT ni.. Barulah lah ada perubahan. Kalau tak caya cuba buat satu lepas tu tengok , kalau tak tumbuh puluhan store murah untuk rakyat ni kau boleh datang tolong potong kuku aku.

Nak potong jari tak berani lerrr…..