Friday, July 11, 2008

ORANG BESAR DAN BERPENGARUH KENA TAHAN

Malam tadi 11.7.08 entah macam mana Buletin Utama TV3 suku boleh pulak melepaskan berita yang Perdana Menteri Israel Ehud Olmet disiasat 3 kali oleh polis berkaitan dengan tuduhan rasuah yang dilakukannya sebelum beliau menjawat jawatan PM.

Bukan main seronok lagi TV3 mengulas dan memaparkan gambar Ehud yang digiring oleh pihak polis ke bilik siasatan.

Saya cuma nak kata orang yang kafir dan yahudi yang disahkan sebagai musuh yang nyata pun tahu etika dan aturan jika terbabit dengan sebarang jenayah. Tahu diri masing-masing kat mana mereka berdiri, tahu mereka masing-masing samada langit tu tinggi atau rendah.

Malang teramat malang di Negara saya ni yang mana para pemimpin nya menjunjung Islam Had Hari lain pulak ceritanya.

Kalau dah duduk kerusi yang menjanjikan kuasa maka semua akan jadi suci , maksum dan sepi dari segala dosa.

Tak kiralah samada jenayah baru apatah lagi lah yang dah lama. Semua akan disembunyikan di bawah lantai. Bila ada yang menyebut maka akan ditempik dengan mengataka bahawa semua itu adalah fitnah semata-mata. Sanggup bersumpah keliling dunia menyatakan bahawa diri sendiri tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
Sungguhpun semua umat dah tahu bahawa sucinya mereka tak lebih dari taraf suci dalam taik. ( Nak guna suci dalam debu pun tak sesuai sebab debu memang suci , boleh buat Tayammum ).

Masing-masing pandai pulak menyebut dan menggunakan nama Allah konon nak memperkuatkan kenyataan bahawa sesungguhny aku ni adalah manusia yang bersih sebersihnya tidak ada yang lebih bersih selain aku dan semua orang lain adalah kotor belaka. Semua orang lain adalah penyamun belaka kecuali aku.

Kalau disenaraikan memang bertimbun jenayah yang dilakukan tapi semua nya dikelaskan sebagai tiada bukti kukuh oleh Ahlil Nujum Negara..

Jenayah hanya akan timbul dan siasatan akan hanya selesai sebaik sahaja si pelaku mula menentang orang yang berkuasa. Walau pun kes telah disiasat belasan tahun , status nya akan masih dalam siasatan lanjut sekiranya si pelaku masih setia menurut dan mendiamkan diri malahan ada yang dah mati pun status siasatan tak pernah selesai.
Bukan sedikit kes yang macam ni.

Nak sebut nama pun tak elok sebab dah ramai yang mati jadi biar lah dia di soalsiasat pulak dek malaikat. Kalau kita nak siasat dan sebut-sebut pun buat berat orang dalam kubur pun nak buat apa. Kita kalau boleh nak tanya yang masih hidup ni. Sebab kalau nak dapat duit dan guna duit pun adalah semasa kita masih hidup ni lah. Kalau dah mati nanti nak buat apa lagi duit bertimbun.


Pernah saya terdengar cerita kelakar yang disiarkan oleh pihak radio yang mana pada masa tu mungkin hanya untuk selingan atau sendal gigi sahaja. Saya percaya cerita ni disampaikan tanpa skrip dan ianya dibuat secara bersahaja dan santai.

Cerita nya adalah berkaitan dengan seorang ustaz yang kebetulan seringkali dijemput ke stesen radio berkenaan untuk memberi kuliah ‘on air’ samada secara mingguan atau bulanan.

Pada suatu hari sewaktu minum di kedai kopi Ust ni berceritalah dengan seorang DJ Radio berkaitan tentang masalah orang yang meminjam duitnya tetapi tak mahu bayar semula. Pelbagai alasan yang diberi oleh peminjam sedangkan Ust ni dah kesempitan kewangan dan amat memerlukan semula duit yang telah dipinjamkan dahulu. Jadi pada DJ inilah ust tadi meluahkan perasaan geramnya akan sikap peminjam tersebut.

DJ ni pun dengan gaya simpati mula lah menasihati ust ni dengan meminta agar dia bersabar sebab ust ni pun selalu sebut tentang kelebihan orang yang bersabar dalam setiap kuliahnya.

Antara kata DJ tu ialah “ Sabar lah Ustaz … Kalau tak dapat di dunia ni , esok esok ustaz boleh tuntut balik di akhirat “

Tahu tak apa yang dijawab dek ustaz ni tadi ? Ustaz tu jawab ..” Den nak pakai duit sekaghang … Kek akhirat sok apo nak den gunokan duit lagi ?” .

No comments: