Monday, April 7, 2008

CikGu Bard MASIH BERPELUANG MENJADI MP

Genaplah sudah sebulan gelombang PRU 12 melanda negara kita. Saya rasa bagi yang dah menang tu mungkin acara sambutan meraikan kemenaagan dah pun selesai. Sekarang adalah masa untuk melunaskan segala janji yang telah dibuat sebelum ini. Kalau tak mampu nak buat sepenuhnya pun setidak-tidaknya sebahagian dari tindakan telah pun diambil. Jangan biarkan para penyokong mengharap seperti mana menanti buah yang tak gugur. Cukup-cukup lah tu berseronok melayan mimpi indah yang tak pernah dijangka sebelum ini.

Kali ni saya nak cerita sedikit pengalaman semasa hari mengundi pada Sabtu 838 yang lalu. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan dapat menjadi nasi tambah ke atas segala strategi yang akan diatur. Saya nak bawa semua khalayak ke sebuah kampung terpencil di dalam daerah Rembau tempat menantu PM Sengal tu mencuba nasib. Nama kampung ialah Sawah Raja dalam DUN Kota dan Parlimen Rembau. Nak kata dalam sangat kampung ni tak jugak sebab line streamyx dah berselirat meredah celah-celah kampung. Jadi boleh kira maju jugak lah hasil peninggalan Tan Sri Isa Samad selama lebih kurang 25 tahun dulu.Tinggal dulu bab KEMAJUAN ni , lain kali boleh sambung semula.

Saya sampai lebihkurang jam 1030 pagi dan sebaik turun dari kereta saya dan isteri terus menuju ke bilik mengundi. Malas pulak rasanya nak singgah di pondok panas yang kebetulan terletak agak jauh dari pintu pagar masuk Sek Keb Sawah Raja yang dijadikan sebagai tempat mengundi. Lagi pun kami dah semak nama dalam laman daftar pengundi dan dah tau saluran mana nak diikut malah nombor bilangan dalam senarai daftar pemilih pun dah dapat. Jadi tak perlu lagi singgah di pondok panas. Lagi pun kalau singgah nanti mungkin terliur jugak dengan pujukan Kopral (B) Md Isa Osman atau lebih dikenali dengan nama manjanya DOBOL. Dobol ni nampaknya memang setia betul dengan dacingnya sebab maklumlah dah nampak sedikit peluang di depan mata. Kalau sepanjang tempuh berkempen adalah dia dapat sikit-sikit remah peruntukan PRU , mana tau lepas PRU nanti akan dapat pulak yang lebih besar lagi. Jadi sepanjang hari tu nampaknya hanya DOBOL lah yang amat setia menolak warga emas dengan kerusi roda untuk ke tempat mengundi. Apa pulak susahnya kerja 5 tahun sekali.

Setelah selesai mengundi barulah saya singgah di pondok PAS untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama masa remaja dulu. Di situ dah ada menunggu Cikgu Niza anak Udin Komando, Cikgu Mulup anak Usoh Broome, Pak Lang Md Noh Maya Bendahari PAS Ranting Sawah Raja yang masih gagah walau pun dan berumur 66 tahun. Turut kelihatan ialah Jiman anak Cikgu Cawi atau nama sebenarnya Fakhrul Azman Abu Hassan yang selalu saya tengok gambarnya dalam suratkhabar kerana terlibat sebagai lawyer dengan kes perceraian artis tanahair ( antara kes nya ialah kes Sheila Majid ngan Roslan Aziz ).

Sambil menghulur tangan Pak Lang Md Noh bertanya samada saya “ dah ambik duit tambang atau belum “. Saya kata belum lagi dan bertanya semula “ ada duit tambang ker ngundi kali ni “. Dia kata , kalau pondok KITE tak adelah tapi kalau nak jugak pergi lah ke pondok sebelah. Saya tanya balik kalau dah ngundi pun boleh claim lagi ker. Masih boleh sebab nama dalam senarai di pondok sebelah belum potong lagi. Mula-mula nak jugak pergi ambik macam pesan Tok Guru Nik Aziz, tapi pikir-pikir balik banyak buruk dari baiknya jadi saya terus ajelah duduk dan berbual-bual hal semasa yang berkaitan dengan kempen dan persiapan PRU kali ni.

Menurut kata Pak Lang Md Noh Maya warga emas atau pengundi yang tinggal jauh sebagai contoh dari KL akan menerima cenderahati wang tunai sebanyak RM 100/= seorang. Yang menjadi tukang hulur dan pemegang akadnya ialah Dato’ RamKal yang jadi ketua cawangan walau pun beliau tinggal di Kuala Lumpur dan hanya pulang ke kampung dua atau tiga kali setahun.

Bagi Dato’ RamKal RM 100/= seorang hanya ibarat duit aiskerim ketika memujuk anak kecil nya yang menangis jika diganggu abang yang lebih besar. Jadi apa sangat lah duit yang sebegitu. Rumah banglo nya sendiri yang lebih mahal dari sekolah Sawah Raja pun hanya sebagai istana hinggap apabila beliau balik ke kampung sekali sekala. Pendek kata memang Dato’ RamKal ni jenis orang berduit lah.

Apa yang saya nak tekan di sini ialah , adalah lebih elok CikGu Bard mengumpul maklumat lain yang sahih dan boleh diketengahkan . Mana tahu nanti boleh gak cuba goncang menantu PM Sengal tu untuk turun . Kalau nasib baik nanti Si Ja’A calun ADUN Kota pun boleh tumpang semangkuk untuk goncang Dato Dr Awal yang masih belum kebah dari demam merajuk tak dapat jadi Exco NS.

Cuba lah bincang ngan Pak Lang Md Noh Maya sebab ikut ceritanya emak mentua beliau termasuk dalam senarai warga emas yang dapat cenderahati ngundi tu. Selain dari itu Mak Cik Nyomah Adom Kani pun dapat katanya. Kalau terbukti benar cerita ceriti ni jangan takut bawak saja ke muka pengadilan dan lepas tu kita tengok samada budak hitam menantu PM Sengal tu terkincit dalam seluar atau tidak.

Friday, April 4, 2008

KERAJAAN PR KENA UJUD STORE RAKYAT

Boleh dikatakan di kalangan kita banyak dan ramai yang faham bila disebut FAMILY STORE. Tapi kenalkah kita siapakah di belakang FAMILY STORE ?.Ini aku tak mahu kacau. Di mana sahaja di pelosok tanah air tercinta ni ada tersergam Family Store. Kalau 10 atau 15 tahun dahulu ianya hanya jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja tapi kini selepas era millenium ni kadar pertumbuhannya amat memberangsangkan.

Aku bukan dengki dengan pengusaha Family Store ni tapi aku amat berterima kasih kerana hampir keseluruhan pekerja yang mengangkat dan membungkus barang adalah sama iras – iras dan kaler macam aku. Semua mereka dapat nikmat makan gaji dengan Family Store. Boleh dikatakan yang keluar masuk menghantar duit pun sama kaler ngan aku. Jadi kalau dikira-kira dan dicongak-congak makan juta jugaklah duit bertukar tangan .

Ini menunjukkan ras aku yang ada di Malaysia atau dulu dikenali dengan Tanah Melayu ni sebenarnya ada banyak duit. Yang meramaikan dan memenuhkan semua gedung perniagaan yang ada di Negara tercinta ni semuanya boleh dikatakan sama macam aku. Sayangnya tidak ramai yang terpikir untuk membuka gedung lain yang sama macam Family Store ni.

Kita boleh guna nama LEMAN STORE ke atau BIDIN STORE . Kalau tak nak ada bau macam MAIDEEN STORE boleh tukar dengan nama KADOL STORE. Nak lebih gempak lagi boleh bubuh DUAJI STORE.

Sekarang dah ada 5 negeri yang diperentah oleh bukan BN STORE . Jadi apalah salahnya di setiap negeri tu tolong tubuhkan satu STORE setiap satu bagi membolehkan orang macam aku ni berbelanja sakan.

Lepas tu kumpulkan peniaga-peniaga yang tak dapat peluang berniaga di store-store yang mewah sebelum ni dan jual barang ngan harga murah sikit. Nak lebih murah lagi kerajaan di 5 negeri ni boleh import terus barang bermutu dari luar negeri atau dapatkan bekalan dalam negeri yang murah dan jual murah-murah di STORE RAKYAT ni.. Barulah lah ada perubahan. Kalau tak caya cuba buat satu lepas tu tengok , kalau tak tumbuh puluhan store murah untuk rakyat ni kau boleh datang tolong potong kuku aku.

Nak potong jari tak berani lerrr…..