Wednesday, April 9, 2008

Harga Ikan Boleh Turun Jika Ufti Dikurangkan

Pada awal tahun tujuh puluhan sewaktu masih di sekolah rendah kami belajar subjek tawarikh dan salah satu perkara yang masih lekat di dalam kepala ini ialah bab yang menyentuh tentang penghantaran UFTI oleh Raja Melayu ke Siam.

Dalam buku tawarikh itu terdapat gambar bagaimana seorang pembesar melayu yang lengkap bertanjak dengan diiringi oleh soldadu menatang dulang yang berisi ufti untuk dipersembahkan kepada Raja Siam. Ufti itu adalah berupa pokok atau bunga yang diperbuat dari emas tulin dan ianya hanya bertujuan semata-mata sebagai jaminan untuk tidak diserang oleh raja Siam dan mesti dihantar setahun sekali. Kalau dalam bahasa hari ini ianya akan dinamakan sebagai WANG PERLINDUNGAN.

Bagi mendapatkan modal untuk membuat ufti ini maka cukai harus dikenakan keatas rakyat jelata. Memandangkan raja telah menghantar ufti maka para pembesar dan para balaci mereka pun turut mengutip ufti mereka pula mengikut senioriti masing-masing. Hujung-hujung nya yang terpaksa berhempas pulas mencari dana untuk penyediaan ufti ini ialah rakyat jelata.

Saya percaya proses dan budaya ufti ini masih berterusan sehingga kini walaupun Raja kita tidak lagi menghantar ufti ke Siam. Maka dengan itu kita dapat lihat harga barang naik mencanak tiada hentinya. Saya percaya selain dari harga minyak yang dibising-bisingkan sebagai punca kenaikan harga barang ni , ufti dalam bentuk moden juga turut memainkan peranan penting yang menyumbang kepada fenomena ini. Ufti pun pada masa ini dah dikenali dengan bermacam nama dan yang paling mudah diingat ialah RASUAH.

30 hari pertama bulan madu telah pun berlalu. Kini kami rakyat jelata mahu melihat ADUN PR mengambil tindakan dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi selama ini. Sebagai permulaan kami harap Sdra Loke MP Rasah merangkap ADUN Temiang NS mengumpulkan rakan-rakan PR yang lain dan mengambil satu ketetapan bersama mencari jalan bagaimana nak menurunkan harga barangan di pasar. Kami belum mahu tahu lagi tentang kerajaan yang TELUS , boleh menerima teguran atau apa saja yang molek-molek yang tuan-tuan dah janjikan kepada kami terdahulu.

Apa yang kami perlu sekarang ialah harga ikan kembung turun semula kepada RM6.00 /kg , ikan selar kuning dapat dibeli dengan RM3.50 , ikan cencaru RM4.00 , sotong RM6.00 atau RM7.00. Cili api boleh dibeli semula dengan harga RM.050 dan lain-lain lagi yang sesuai. Ini adalah perkara-perkara yang kami perlukan sekarang ini. Bila semua tu dah turun maka harap-harap harga makanan di warung-warung dan kantin pun akan turun juga.

Tentang kerajaan yang telus , tulus serta mulus , itu boleh cerita kemudian. Buat permulaan boleh lah di Pasar Besar Seremban , Pasar Tmn Bkt Kepayang , Pasar Ampangan lepas tu boleh pergi Pasar Port Dickson , Lukut & Sepang. Untuk Pasar Tampin , Gemas , Jelebu dan Kuala Pilah biar dulu lah.

Saya rasa tidak lah menjadi masalah yang besar kepada saudara Loke dan rakan-rakan bersua dan berbincang dengan para pemimpin Dewan Perniagaan Cina Seremban. Semua kawan maaa…Paling tidak pun sdra Loke boleh minta BERI SIKIT MUKA lah untuk tunjuk pad rakyat yang PR betul-betul boleh tolong rakyat. Jika kena gaya dan cara nya mungkin 4 atau 5 kontena ikan atau sayur direct dari pantai atau pusat pengumpulan boleh berlabuh di pasar-pasar yang saya sebut tadi dan sudah pasti harganya akan lebih murah dan memberi manfaat kepada rakyat. Kalau ini dilakukan InsyaAllah harga barang di pasar seluruh NS akan dapat diturunkan dan lepas tu barulah boleh eksyen dengan pasar negeri lain.

Seandainya para peniaga di pasar tu kena bayar ufti kepada pihak yang satu lagi seperti mana yang ditunjukkan dalam Filem Hong Kong berjudul Lee Rock lakunan Andy Lau ( yang ditayangkan oleh TV3 sedikit waktu dulu ) adalah lebih elok jika sdra Loke pergi berjumpa dengan kepalanya dan bincang baik-baik dan ingatkan mereka gaji dah naik takkan nak kutip ufti jugak lagi.

Andai kata masih tak ada perubahan , ini lah pulak masanya sdra Loke menghentak dalam DUN sewaktu perbahasan nanti. Bawak perkara ni ke dalam Dewan baru diorang tau langit tu tinggi atau rendah..

Kalau sebelum ni semua kaki hangguk yang ada dalam DUN NS , tapi saya yakin dan percaya untuk penggal ni DUN NS akan bergegar dengan suara sdra Loke dan rakan-rakan lain. Tapi kalau sama ajer macam yang sudah-sudah alamat nya ngabihkan bogheh ajolahhh…..

1 comment:

Rosmerah said...

Pendek mengeruh kan lagi air sungai adalah,dio korek pasir untuk tempolok dio jo wareh,masalah orang kg apo dio peduli janji dio masuuuk.Bang kok nak ikan murah lam sungai tenaka banyak free jo hehehehe