Monday, April 7, 2008

CikGu Bard MASIH BERPELUANG MENJADI MP

Genaplah sudah sebulan gelombang PRU 12 melanda negara kita. Saya rasa bagi yang dah menang tu mungkin acara sambutan meraikan kemenaagan dah pun selesai. Sekarang adalah masa untuk melunaskan segala janji yang telah dibuat sebelum ini. Kalau tak mampu nak buat sepenuhnya pun setidak-tidaknya sebahagian dari tindakan telah pun diambil. Jangan biarkan para penyokong mengharap seperti mana menanti buah yang tak gugur. Cukup-cukup lah tu berseronok melayan mimpi indah yang tak pernah dijangka sebelum ini.

Kali ni saya nak cerita sedikit pengalaman semasa hari mengundi pada Sabtu 838 yang lalu. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan dapat menjadi nasi tambah ke atas segala strategi yang akan diatur. Saya nak bawa semua khalayak ke sebuah kampung terpencil di dalam daerah Rembau tempat menantu PM Sengal tu mencuba nasib. Nama kampung ialah Sawah Raja dalam DUN Kota dan Parlimen Rembau. Nak kata dalam sangat kampung ni tak jugak sebab line streamyx dah berselirat meredah celah-celah kampung. Jadi boleh kira maju jugak lah hasil peninggalan Tan Sri Isa Samad selama lebih kurang 25 tahun dulu.Tinggal dulu bab KEMAJUAN ni , lain kali boleh sambung semula.

Saya sampai lebihkurang jam 1030 pagi dan sebaik turun dari kereta saya dan isteri terus menuju ke bilik mengundi. Malas pulak rasanya nak singgah di pondok panas yang kebetulan terletak agak jauh dari pintu pagar masuk Sek Keb Sawah Raja yang dijadikan sebagai tempat mengundi. Lagi pun kami dah semak nama dalam laman daftar pengundi dan dah tau saluran mana nak diikut malah nombor bilangan dalam senarai daftar pemilih pun dah dapat. Jadi tak perlu lagi singgah di pondok panas. Lagi pun kalau singgah nanti mungkin terliur jugak dengan pujukan Kopral (B) Md Isa Osman atau lebih dikenali dengan nama manjanya DOBOL. Dobol ni nampaknya memang setia betul dengan dacingnya sebab maklumlah dah nampak sedikit peluang di depan mata. Kalau sepanjang tempuh berkempen adalah dia dapat sikit-sikit remah peruntukan PRU , mana tau lepas PRU nanti akan dapat pulak yang lebih besar lagi. Jadi sepanjang hari tu nampaknya hanya DOBOL lah yang amat setia menolak warga emas dengan kerusi roda untuk ke tempat mengundi. Apa pulak susahnya kerja 5 tahun sekali.

Setelah selesai mengundi barulah saya singgah di pondok PAS untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama masa remaja dulu. Di situ dah ada menunggu Cikgu Niza anak Udin Komando, Cikgu Mulup anak Usoh Broome, Pak Lang Md Noh Maya Bendahari PAS Ranting Sawah Raja yang masih gagah walau pun dan berumur 66 tahun. Turut kelihatan ialah Jiman anak Cikgu Cawi atau nama sebenarnya Fakhrul Azman Abu Hassan yang selalu saya tengok gambarnya dalam suratkhabar kerana terlibat sebagai lawyer dengan kes perceraian artis tanahair ( antara kes nya ialah kes Sheila Majid ngan Roslan Aziz ).

Sambil menghulur tangan Pak Lang Md Noh bertanya samada saya “ dah ambik duit tambang atau belum “. Saya kata belum lagi dan bertanya semula “ ada duit tambang ker ngundi kali ni “. Dia kata , kalau pondok KITE tak adelah tapi kalau nak jugak pergi lah ke pondok sebelah. Saya tanya balik kalau dah ngundi pun boleh claim lagi ker. Masih boleh sebab nama dalam senarai di pondok sebelah belum potong lagi. Mula-mula nak jugak pergi ambik macam pesan Tok Guru Nik Aziz, tapi pikir-pikir balik banyak buruk dari baiknya jadi saya terus ajelah duduk dan berbual-bual hal semasa yang berkaitan dengan kempen dan persiapan PRU kali ni.

Menurut kata Pak Lang Md Noh Maya warga emas atau pengundi yang tinggal jauh sebagai contoh dari KL akan menerima cenderahati wang tunai sebanyak RM 100/= seorang. Yang menjadi tukang hulur dan pemegang akadnya ialah Dato’ RamKal yang jadi ketua cawangan walau pun beliau tinggal di Kuala Lumpur dan hanya pulang ke kampung dua atau tiga kali setahun.

Bagi Dato’ RamKal RM 100/= seorang hanya ibarat duit aiskerim ketika memujuk anak kecil nya yang menangis jika diganggu abang yang lebih besar. Jadi apa sangat lah duit yang sebegitu. Rumah banglo nya sendiri yang lebih mahal dari sekolah Sawah Raja pun hanya sebagai istana hinggap apabila beliau balik ke kampung sekali sekala. Pendek kata memang Dato’ RamKal ni jenis orang berduit lah.

Apa yang saya nak tekan di sini ialah , adalah lebih elok CikGu Bard mengumpul maklumat lain yang sahih dan boleh diketengahkan . Mana tahu nanti boleh gak cuba goncang menantu PM Sengal tu untuk turun . Kalau nasib baik nanti Si Ja’A calun ADUN Kota pun boleh tumpang semangkuk untuk goncang Dato Dr Awal yang masih belum kebah dari demam merajuk tak dapat jadi Exco NS.

Cuba lah bincang ngan Pak Lang Md Noh Maya sebab ikut ceritanya emak mentua beliau termasuk dalam senarai warga emas yang dapat cenderahati ngundi tu. Selain dari itu Mak Cik Nyomah Adom Kani pun dapat katanya. Kalau terbukti benar cerita ceriti ni jangan takut bawak saja ke muka pengadilan dan lepas tu kita tengok samada budak hitam menantu PM Sengal tu terkincit dalam seluar atau tidak.

5 comments:

pakitam67 said...

Handal kau org kpg (walaupun tak samo kpg)dapek kau akalan Dato RamKal ko tu yor...

maso mlm keputusan pilihanrayo tu ari den dongar MENGAMBUR (mendobut dgn Porsche & BMW 630 Sports) dio balik kelumpo, sobab tak pueh ati keputusan kek Sawah Rajo, dio ingat dapek la 100% undi untok BN (Umno).
tapi den tabik satu la dgn Dato RamKal kito nie (Walaupun tak samo kpg, tapi ado gak Rajo ke ujuong) dio nie permurah... den dongar dio bori dermo rm500 tiap2 bilik gerakan dlm DUN Kota, tak kiro Umno ke Pas ke...

Rosmerah said...

Ado orang kampong kito rupo eh,Datok ramli tak macam kito pikir mano nak cari duit,dio hari hari pikir macam mano nak abihkan duit dio tu dah banyak na agaknyo.Tapi apo nak di kato dapat tambah 14 je undi bn dari yang dulu,melaborlah dulu mungkin ado hajat nak jadi calon 2012 agak eh.

pakitam67 said...

Dongar err pun projek Loji air ke sawah rajo tu dio jadi org tgh, berjuta dapek kek dio tu....Melambak duit dio tu, setakat abih kek PRU lopeh, baru duit kek bawah alas kaki dlm kereto 2 pintu dio tu..

Maap la yor, org swh rajo nie hompong (tak semuo mano tuan tanah tu la), dongar dapek duit byk, mato jadi kelabu, dah ambik duit dah sain aggrement baru nak bawak ke mahkamah, konon nak dapek lobih la tu

Unknown said...

terkesiam den baco tulisan org sawah rajo ni ramai namo kengkawan ekau sobut lasak org menyiasat. Famous la namo udin komando kek Malaya ni. Ekau ni memang pejuang...teruskanlah tapi kalau kau nak masuk bertanding pun next election bagus gak supaya semua idea kau ni boleh direalisasikan. Kadang kita tak sedar wujud cerdik pandai macam ekau ni dari sawah rajo.

Unknown said...

untuk pengetahuan semua Udin Komando telah meninggal dunia semalam dan dikebumikan di Putrajaya - Al fatihah semoga Allah mencucri rahmat kepada rohnya